Thursday, February 11, 2010

Alisha Dah 10 Bulan... New Baby, 29 Minggu...

Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan

Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.

Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.

Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.

Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, mungkin anda akan mendapati bahawa bayi anda akan mengambil sedikit masa sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor menilai perkembangan kanak-kanak pramatang dari waktu dia sepatutnya dilahirkan dan menilai pencapaian kemahiran tertentu sewajarnya.

Fetal development - 29 weeks pregnant

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Friday, February 5, 2010

Hadapi Kerenah Anak Degil

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya.

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.

Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut.

Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.
Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi.

Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.

Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata.

Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.

Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Sumber: Kosmo Online

Thursday, February 4, 2010

WEDDING PHOTO CONTEST BY LYNN HAMZAH


Jom Join Contest Ni...



Nama Pasangan: Arnol & Engku Salina

Tarikh Perkahwinan: 4 Nov 2006


Sy pilih gambar ni krn ada memori disebalik baju pengantin ni... Sebenarnya sy benci kaler MERAH... Awal2 dah ckp dgn hubby, nak pakai baju pengantin kaler apa2 pun okay, kecuali MERAH... tp, kaler tu je yg muat dgn sy... sbb bdn sy agak gempal... huhuhu... tp, x sangka kaler MERAH nampak cantik plak dlm gambar... lepas tu, mmg minat gile dgn kaler MERAH... :D



Nak join contest ni??? KLIK SINI

Monday, January 25, 2010

IG Potluck Gathering @ KLCC

IG Potluck Gathering @ KLCC (24 Jan 2010)

Jom Tgk Gambo...

Exchange Kitchen Gadget











Alisha Beramah Mesra Dgn Rayyan


Post Istimewa Ratu-Ratu IG... :p



Ratu-Ratu IG Memberikan Lambaian Terakhir... Bye!!! Semoga Berjumpa Lg... :)

Me - Mykid Look-Alike Contest

Umie nak Join Contest ni Plak... :D
Anjuran
Mama_Iris

"Me - Mykid Look-Alike Contest"

Gambar Yg Menjadi Taruhan... :)

Ramai Yg Cakap, Muka Alisha Sebijik Muka Umie... Mcm Copy Paste Gitu...

Nak Join Jugak??? Sila Tgk Syarat2 Penyertaannnya
KAT SINI

Wednesday, January 20, 2010

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Nak Join Cabutan Bertuah Anjuran Yanmieonline.com

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

Untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/


Umie tahu tentang pertandingan ini dari blog Kak Zai Kulim

Monday, January 18, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

Umie Nak Join Pretty Zaza Baby Face Contest Anjuran Pretty Zaza

Inilah Aksi Manja @ Baby Face My Beloved Daughter, Alisha Mardhiyah... NAMA: Alisha Mardhiyah

UMUR: 9 Bulan

D.O.B: 10 April 2009
JANTINA: Perempuan
Nak Tau Terma & Syarat2nya, Boleh KLIK SINI

Friday, January 15, 2010

Cabutan Bertuah MDM 2010


Nak Tiket FREE Ke Bukit Gambang Water Park???

Jom Join Cabutan Bertuah MDM 2010

Syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah MDM 2010 nye adalah:

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan; - Done

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010; - Done

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini - Done

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan); - Done

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am); - Done

Adrini’s 1st Giveaway

Umie Nak Join Adrini’s 1st Giveaway, Anjuran UmmiKhyra...
Hadiah Pula Ditaja Oleh
Crochets & Needlescraft Shop ...

Terma & Syarat:

1. Tulis entry bertajuk ” Adrini’s 1st Giveaway ”. - Done

2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada
http://www.adrinis.com/blog
- Done

3. Letakkan link
http://krochetshop.blogspot.com/
sebagai penaja bersama. - Done

4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.
- Done

Tarikh tutup giveaway ni adalah sebelum 11.59pm pada 15 Januari 2010. Sebanyak 3 orang pemenang akan dipilih secara rawak
.

Thursday, January 14, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Nak Join Contest Anjuran Puan Eiya
Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu...

Nama Ibu: Engku Salina

D.O.B: 8 Ogos 1979

Nama Anak: Alisha Mardhiyah

D.O.B: 10 April 2009

Saya Suka Gambar Ni Sebab Ia Ditangkap Dgn Cantik Oleh Bapak Alisha... Dan Ia Juga Merupakan Gambar Pertama Yg Ditangkap Bersama Alisha (Dlm Keadaan Cantik - Dress Up)... Masa Ni Juga Dua2 Tengah Pandang Kamera... Semua Ckp Muka Alisha Sebijik Muka Umie Dia... Betul Ke??? Ia Diambil Pd Majlis Perkahwinan Sepupu... Masa Ni Alisha Baru 4 Bulan... First Time Dress Up Alisha Lawa2... Pakaikan Gown, Cekak Rambut, Rantai & Gelang Tangan... Lps Balik Kenduri Tu, Gelang Alisha Hilang... Kecoh Kejap... Sbb Ingat Ada Org Ambik... Almaklumlah Ramai Org Yg Dukung Alisha Masa Kenduri Tu... Akhirnya Jumpa Juga Gelang Tu... Rupa2nya Tercicir... Nasib Baik Mak Mertua Yg Jumpa...

Nak Join Contest Ni???

Syarat2 Contest adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan.. - Alisha baru 9 bulan
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir.. - Done
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri - Done
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg.. - Done
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET - Done
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua - Done
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine - Done
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010 - Submit on 14 Jan 2010
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je..
- Done